Nota di Sini

1.0    Teknik-teknik membaca untuk belajar

1.1         Teknik tinjauan
Teknik tinjauan merupakan salah satu teknik yang direka sebagai alternatif kepada kaedah kajian SQ3R (Survey, Question, Read, Recall and Recite, Review). Teknik tinjauan ini membolehkan guru dan pelajar mendalami bahan bacaan secara bersama. Hal ini demikian kerana, melalui teknik ini guru dan pelajar mungkin akan memiliki pandangan yang berbeza dalam bahan yang dibaca, maka dengan pembacaan yang serentak pelbagai idea boleh dilahirkan. Teknik ini paling berguna kepada pelajar-pelajar yang mungkin mencari bahan yang sukar untuk dibaca atau diolah. Teknik ini juga memberi peluang kepada guru untuk menunjukkan model pelajar yang bertingkah laku baik dalam proses pembelajaran.









1.1          Teknik PORPE

Teknik PORPE (PredictOrganizeRehearsePracticeEvaluate) merupakan suatu teknik membaca untuk belajar yang dikembangkan oleh Simpson. Tujuannya adalah untuk aktif merancang, memantau, dan menilai bahan bacaan yang dipelajari, mempelajari proses yang terlibat dalam membaca serta menggunakan proses menulis sebagai cara untuk memperoleh maklumat. Teknik PORPE terdiri dari lima langkah berikut :



2.2.1 Predict
Langkah pertama ini bertujuan untuk  meramal pertanyaan-pertanyaan yang berpotensi untuk membimbing pembaca melakukan aktiviti selepas menyelesaikan suatu bacaan. Pada langkah ini, pembaca diharapkan dapat memperincikan tujuan mereka dalam membaca,  menilai aspek-aspek penting dalam teks, serta memfokuskan pada pokok utama isi bacaan. Pertanyaan yang diramal mampu menyebabkan pembaca menilai bahan bacaan, bukan pertanyaan-pertanyaan berfikir aras rendah, seperti mengingat, memahami, dan menerapkan.


2.2.2      Organize
Pada langkah kedua ini, pembaca diharapkan  dapat menyusun maklumat utama yang menjadi jawapan kepada pertanyaan-pertanyaan yang telah diramal. Seterusnya, pembaca meringkas dan menilai bahan bacaan sebagai upaya untuk memahami keseluruhan  bahan bacaan tersebut. Pembaca diharapkan dapat membuat kerangka jawapan dengan menggunakan kata-kata mereka sendiri atau membuat suatu peta konsep, grafik, dan lain-lain.



2.2.3      Rehearse
Pada langkah ini, pembaca diharapkan untuk mengingat  gagasan-gagasan utama, contoh-contoh, dan keseluruhan ringkasan isi bacaan melalui penyampaian secara lisan dari kerangka bacaan yang telah dibuat.


2.2.4      Practice
Pada langkah ini, pembaca diuji ingatan mereka dengan menulis secara terperinci hal-hal yang telah diutarakan secara lisan pada langkah sebelumnya.

2.2.5      Evaluate
Dalam langkah ini pembaca menilai kualiti jawapan-jawapan pertanyaan yang telah mereka tulis pada langkah sebelumnya. Dengan cara ini pembaca akan mengetahui apakah mereka perlu mengulang langkah-langkah sebelumnya atau tidak.



 1.0    Mengapakah ia dilaksanakan dalam sesuatu P&P bacaan

1.1  Teknik Tinjauan

Dalam sesuatu proses P&P bacaan, teknik tinjauan dan teknik PORPE amat berguna dalam perkara itu. Oleh hal yang demikian, berikut merupakan faktor mengapa ia dilaksanakan dalam sesuatu P&P bacaan.

     i.  Teknik tinjauan ini membolehkan guru dan pelajar mendalami   bahan bacaan secara bersama.
       ii.  Menyediakan murid dengan sistem pendekatan membaca untuk membuat semakan awal bab kandungaan teks bacaan.
                        iii.  Mempersiapkan guru dengan pendekatan tambahan untuk digunakan sebagai persediaan murid untuk membaca teks.
            iv.  Teknik ini paling berguna kepada pelajar-pelajar yang mungkin mencari bahan yang sukar untuk dibaca atau diolah.
            v.  Teknik ini juga memberi peluang kepada guru untuk menunjukkan model pelajar yang bertingkah laku baik dalam proses pembelajaran.


Dari segi pelaksanaan, teknik ini menyediakn guru mata pelajaran dengan kaedah yang sistematik dan merupakan langkah pertama dalam kaedah SQ3R. Melalui penggunaan teknik ini secara kerap, seorang guru dapat memandu murid memahami kepentingan melakukan semakan awal sebelum membaca sesebuah teks.





1.2  Teknik PORPE

Panduan belajar membaca teknik ini direka untuk membantu murid dalam P&P bacaan adalah untuk :

1.         Merancang, memantau dan menilai pembelajaran mereka secara    aktif.
2. Mempelajari proses-proses yang melibatkan penyediaan menjawab peperiksaan esei.
3. Menggunakan proses menulis dengan salah satu cara  mempelajari bahan kandungan.

Kelebihan dan Kekurangan

1.3   Kelebihan dan kekurangan teknik tinjauan

Kelebihan menggunakan teknik membaca secara tinjauan adalah membolehkan guru dan pelajar mendalami bahan bacaan secara bersama. Melalui teknik ini kebarangkalian untuk guru dan pelajar akan memiliki pandangan yang berbeza dalam bahan yang dibaca amat cerah, maka dengan pembacaan yang serentak pelbagai idea boleh dilahirkan. Teknik ini paling berguna kepada pelajar-pelajar yang mungkin mencari bahan yang sukar untuk dibaca atau diolah.


Kekurangannya pula adalah, teknik tinjauan tidak mampu menentukan ketepatan dalam bacaan bilamana teknik ini menggunakan bacaan secara skimming yang memungkinkan guru dan pelajar (pembaca) tidak dapat memahami isi bacaan secara tepat kerana membaca laju dan terlepas isi-isi penting bahan bacaan yang dibaca. Melalui teknik tinjauan juga, perhatikan teks atau sumber yang digunakan seperti jadual, graf, gambar rajah, peta atau lain-lain ilustrasi dan mengaitkannya dengan fakta dan idea utama juga tidak dapat membantu menentukan ketepatan bahan yang dibaca sama dengan pemahaman pembaca itu sendiri.

1.4  Kelebihan dan kekurangan teknik PORPE
Kelebihan menggunakan teknik membaca secara PORPE pula adalah untuk  pembaca aktif merancang, memantau, dan menilai bahan bacaan yang dibaca, mempelajari proses yang terlibat dalam membaca serta menggunakan proses menulis sebagai cara untuk memperoleh maklumat.

Kekurangan teknik membaca secara PORPE ini adalah melibatkan terlalu langkah yang perlu di lakukan satu persatu, agar pembacaan akhir kelak diakhiri dengan pemahaman bacaan yang baik daripada pembaca.



2.0    Aktiviti lengkap cara-cara untuk mengajar teknik tersebut

2.1  Aktiviti untuk teknik tinjauan
Aktiviti yang boleh dilakukan apabila menggunakan teknik tinjauan adalah guru bersama-sama dengan murid (jika melibatkan pembacaan di bilik darjah) atau kepada semua tingkat pembaca, perkara pertama yang perlu dilakukan apabila membaca menggunakan teknik tinjauan ini ialah :

Pertama       :   Membuat tinjauan secara menyeluruh tentang  
                          topik yang hendak dibaca agar dapat memahami    
                          serta melihat gambaran keseluruhan topik.

Kedua        :  Pembaca perlu membaca dengan kaedah  
                       sepintas  lalu (skimming) dilakukan   terhadap
                       topik yang dibaca.

      Ketiga       Ketika membaca  perlu perhatikan teks atau  
                        Sumber yang digunakan seperti jadual,  graf,  
                        gambar rajah, peta atau  lain-lain  ilustrasi  dan
                        mengaitkannya fakta dan idea utama agar
                        pembacaan lebih berkesan.


Selain itu, menurut Aukeman (1972) terdapat 6 langkah prosedur yang digunakan jika kandungan buku teks disusun secara tradisi. Teknik ini akan menjadi lebih mudah jika kandungan bab dalam buku teks tersebut disusun mengikut urutan seperti berikut :

1.    Judul bab
2.   Pengenalan
3.   Tajuk utama dan sub tajuk
4.   Ringkasan
5.   Soalan-soalan
6.   Latihan

2.2  Aktiviti untuk teknik PORPE
Aktiviti yang dapat dijalankan untuk teknik PORPE jika murid kurang faham cara menuliskan idea dalam bentuk esei selepas pembacaan, guru membantu murid ketika dengan menekankan  perkara-perkara berikut :



CADANGAN AKTIVITI UNTUK TEKNIK PORPE
1.  Lakarkan rangka jawapan untuk menjawab soalan sebelum menulis jawapan sepenuhnya.
2.     Pastikan ayat pertama dalam perenggan pengenalan  ialah prafrasa daripada ayat soalan atau buat pendirian yang jelas tentang soalan yang dikemukakan.
3.     Gunakan frasa transisi seperti faktor pertama atau dengan perkataan lain  atau kesimpulannya dan sebagainya untuk memastikan struktur jawapan jelas dan memudahkan pemeriksa.
4.     Masukkan contoh bagi setiap idea utama.
5.     Semak semula rangka jawapan untuk menyemak sama ada rangka yang dibuat selari dengan jawapan yang ditulis. Akhirnya, baca sekali lalu untuk memastikan wacana yang dibuat itu mudah difahami dan betul.





































No comments :

Post a Comment