1.0 Steinberg
(1982)
Proses
membaca sebagai satu bentuk komunikasi dan tujuannya adalah untuk
memberikan maklumat melalui bentuk-bentuk bertulis.
Robert Lado
(1964)
Membaca
sebagai mengungkap pola-pola bahasa daripada bentuk tulisannya.
Charles C.
Frie (1963)
Membaca
adalah satu aktiviti pentafsiran dan menterjemahkan lambang-lambang
bercorak kepada bunyi-bunyi yang dimaksudkan.
Frank Smith (1971)
Atan Long
(1978)
Zulkifley
Hamid (1994)
Membaca
adalah satu langkah lanjutan dalam perkembangan pembelajaran bahasa dan
memproses perkembangan-perkembangan yang diterima.
Membaca
sebagai satu proses yang melibatkan kebolehan mengenal lambang-lambang dan
menterjemah lambang-lambang itu semula kepada bunyi suara (bahasa) dan
memahami makna atau tanggapan yang disampaikan oleh tulisan itu.
Membaca
sebagai proses pembaca mengenal lambang-lambang tulisan, menterjemahkannya
kepada bentuk bunyi yang dilambangkan dan mendapatkan makna bagi bentuk
tulisan tersebut.
Kesimpulannya,
Membaca merupakan satu proses yang kompleksdan gabungan
beberapa proses iaitu proses sensori (pandang), proses
pengamatan, proses linguistik dan proses mental.
Menurut
Dahlia Janan et al (2004:134) lagi, apabila tujuan membaca
hanya untuk hiburan, bahan bacaan yang dibaca akan
membantu merehatkan minda pembaca. Manakala jika tujuan membaca untuk
mendapatkan ilmu pengetahuan bahan tersebut akan bertindak sebagai sumber fakta
yang diperlukan untuk melengkapkan ilmu pengetahuan atau maklumat yang dicari.
Kemahiran membaca sebagai alat untuk memperoleh maklumat hanya akan terlaksana
apabila pembacaan diiringi kefahaman. Tanpa kefahaman, murid tidak akan dapat
memproses fakta-fakta yang terdapat dalam maklumat yang diberikan.
Begitu
juga dengan tujuan membaca untuk belajar. Dalam konteks tujuan membaca untuk
belajar, terdapat beberapa teknik dalam proses membaca untuk belajar itu
sendiri. Antaranya yang akan dibincangkan secara terperinci adalah teknik tinjauan serta
teknik PORPE, akan tetapi terdapat juga teknik-teknik belajar yang lain adalah
seperti teknik mencatat nota, teknik PLEA dan juga teknik bengkel internet.
Frank Smith (1971)
