Friday, November 21, 2014

Definisi Membaca


1.0            Steinberg (1982) 
Proses membaca sebagai satu bentuk komunikasi dan tujuannya adalah untuk memberikan maklumat melalui bentuk-bentuk bertulis.

Robert Lado (1964) 
Membaca sebagai mengungkap pola-pola bahasa daripada bentuk tulisannya.

Charles C. Frie (1963) 
Membaca adalah satu aktiviti pentafsiran dan menterjemahkan lambang-lambang bercorak kepada bunyi-bunyi yang dimaksudkan.

 Frank Smith (1971) 
Atan Long (1978) 
Zulkifley Hamid (1994) 
Membaca adalah satu langkah lanjutan dalam perkembangan pembelajaran bahasa dan memproses perkembangan-perkembangan yang diterima.

Membaca sebagai satu proses yang melibatkan kebolehan mengenal lambang-lambang dan menterjemah lambang-lambang itu semula kepada bunyi suara (bahasa) dan memahami makna atau tanggapan yang disampaikan oleh tulisan itu.

Membaca sebagai proses pembaca mengenal lambang-lambang tulisan, menterjemahkannya kepada bentuk bunyi yang dilambangkan dan mendapatkan makna bagi bentuk tulisan  tersebut.

Kesimpulannya, Membaca  merupakan satu proses yang kompleksdan gabungan beberapa proses iaitu proses sensori (pandang), proses pengamatan, proses linguistik dan proses mental.





Menurut Dahlia Janan et al (2004:134) lagi, apabila tujuan membaca hanya untuk hiburan,         bahan bacaan yang dibaca akan membantu merehatkan minda pembaca. Manakala jika tujuan membaca untuk mendapatkan ilmu pengetahuan bahan tersebut akan bertindak sebagai sumber fakta yang diperlukan untuk melengkapkan ilmu pengetahuan atau maklumat yang dicari. Kemahiran membaca sebagai alat untuk memperoleh maklumat hanya akan terlaksana apabila pembacaan diiringi kefahaman. Tanpa kefahaman, murid tidak akan dapat memproses fakta-fakta yang terdapat dalam maklumat yang diberikan.

Begitu juga dengan tujuan membaca untuk belajar. Dalam konteks tujuan membaca untuk belajar, terdapat beberapa teknik dalam proses membaca untuk belajar itu sendiri. Antaranya yang akan dibincangkan secara terperinci adalah teknik tinjauan serta teknik PORPE, akan tetapi terdapat juga teknik-teknik belajar yang lain adalah seperti teknik mencatat nota, teknik PLEA dan juga teknik bengkel internet.